Murid Darjah 3 Cedera Dibahagian Kepala Akibat Dipukul Bapa Rakan Sekelas

 



Anak-anak adalah cerminan kepada ibu bapa dan sebagai ibu bapa kita seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Bagaimanapun, tular di Twitter apabila seorang bapa bertindak membelasah seorang murid darjah tiga hanya kerana murid tersebut bergaduh dengan anaknya.

Dalam laporan Sinar Harian, insiden tersebut dipercayai berlaku di Kuala Terengganu dan menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, kejadian tersebut berlaku pada jam 1 petang, ia dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.

“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.

Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu” katanya

Difahamkan, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu dan bapa murid berkenaan telah datang mengambil anaknya di sekolah sebelum membuat laporan polis.

Kemudian, mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

Sampai macam tu sekali ye…

Catat Ulasan

0 Ulasan