Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut tidak melepaskan peluang menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2022) yang berakhir Ahad lalu.

Menerusi satu posting di laman Instagram, pelakon berusia 26 tahun itu tampil menggayakan busana elegan hasil rekaan Alia Bastaman dan hijab berona oren.

Fesyen itu juga kelihatan Hannah memakai bengkung di luar persalinan tersebut sekali gus dianggap kurang sesuai sebagai seorang yang membawa imej muslimah.

Menerusi pemerhatian di ruangan komen, rata-rata netizen tidak gemar melihat pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu mengenakan bengkung berkenaan.

Malah, ada juga individu membuat perbandingan mengenai penampilan Hannah ketika mula berhijab dahulu yang dilihat lebih sopan dan sejuk mata memandang.

Sekadar informasi, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu mula berhijab sejak penghujung 2020.

Dia yang juga berasal dari Singapura kemudian berkahwin dengan pelakon dari negara sama iaitu Imam Shah pada 18 Februari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya